Muat
turun
Borang Permohonan FormatMS-Word
atau PDF
Diploma Profesional Perancangan
Kewangan Islam
Objektif
Program
Usaha meningkatkan kemahiran modal insan dalam bidang Perancangan
Kewangan Islam melalui program latihan dan pendidikan dilihat
sebagai amat perlu dalam menyokong usaha kerajaan menjadikan
Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa.
Perkembangan
pesat industri perkhidmatan kewangan Islam ini dengan pelbagai
produk baru yang diperkenalkan khususnya dalam tempoh lima tahun
yang lalu juga dilihat sebagai asas kukuh bahawa industri ini akan
terus berkembang dan sememangnya memerlukan lebih ramai profesional
yang berkemahiran dalam kewangan Islam pada masa kini dan akan
datang.
Program
DPPKI ini diyakini akan dapat menjadi pemangkin kepada usaha
melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang Perancangan Kewangan
Islam khususnya di Malaysia melalui penawaran modul-modul daripada
program IFP.
Kelebihan
Program
Peserta program Diploma Profesional Perancangan Kewangan Islam ( DPKI)
akan juga menerima pensijilan Islamic Financial Planner (IFP) yang ditawarkan secara bersama oleh
Financial Planning Association of Malaysia ( FPAM) dan Islamic Banking and Financial Institute of Malaysia
(IBFIM) yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia serta Suruhanjaya Sekuriti.