(Program Separuh Masa Untuk Warga Bekerja) Klik disini untuk flyer

(English)

Program Diploma Eksekutif dibangunkan secara khusus untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan golongan bekerja ke arah kemajuan kerjaya. Kurikulum yang dibangunkan oleh para pensyarah daripada pelbagai fakulti Universiti Malaya dan juga pengamal industri menekankan aspek teori dan praktikal bagi memenuhi keperluan golongan bekerja meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan. Semua kursus dijalankan secara separuh masa dan kelas diadakan pada hujung minggu.

Melalui program yang ditawarkan, warga bekerja khususnya berpeluang untuk meningkatkan tahap kelayakan akademik mereka di peringkat diploma eksekutif (MQF Tahap 4) tanpa meninggalkan komitmen kerja sedia ada. Kelayakan ini akan membolehkan para graduan untuk meneroka peluang kerjaya dalam bidang yang diikuti dengan tawaran jawatan serta pendapatan yang lebih baik pada masa hadapan.

Pada masa ini, lebih 20 ribu warga bekerja seperti anda telah pun mencapai pelbagai kejayaan menerusi program diploma eksekutif ini sama ada dalam pembangunan kerjaya mereka mahupun menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Program yang ditawarkan ambilan November 2018 :

Program
Kod Program
Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi)
UFA
Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)
UFB
Diploma Eksekutif Pengurusan (Perniagaan)
UFC
Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-kanak
UFD

Diploma Eksekutif Kaunseling

UFE
Diploma Eksekutif Pentadbiran Perakaunan
UFF
Diploma Eksekutif Teknologi Maklumat
UFH

Program-program yang ditawarkan berstatus akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

HARI INFORMASI

Anda dijemput hadir ke Hari Informasi UMCCed untuk mendapatkan *Baucar Pendaftaran RM300.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Tarikh : 6 Oktober 2018 (Sabtu)
Tempat : Auditorium, Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya
Masa : 11 Pagi hingga 1 Petang.

Tarikh tutup permohonan: 19 Oktober 2018

 

UNTUK MEMOHON

Prosedur Permohonan

Permohonan boleh dibuat sama ada secara ATAS TALIAN atau SECARA MANUAL menggunakan Borang Permohonan rasmi yang boleh dimuat turun.

Permohonan yang lengkap mesti mengandungi perkara berikut:

Klik disini untuk maklumat lanjut

MAKLUMAT BERKAITAN

  • Yuran
  • Syarat Kemasukan
  • Jadual Program
  • Kelebihan Program

 

Klik disini untuk maklumat lanjut

PUSAT PEMBELAJARAN UMCCED (PPU)

UM, KL
UM, Nilam Puri - Kelantan
PPU KULIM
PPU ALOR SETAR
PPU KUANTAN
PPU KOTA KINABALU

Klik di sini untuk maklumat

ENQUIRY FORM

Laluan Pendidikan Tinggi

UMCCed