PROGRAM : Hari Haluan Siswa Pelajar Diploma UMCCed

TARIKH : 8 Julai 2017 - 9 Julai 2017

HARI : Sabtu & Ahad

HARI : Dewan Tunku Canselor UM

LAPORAN PROGRAM :

Seramai 394 orang pelajar telah mendaftar bagi mengikuti Program Diploma Sepenuh Masa bagi Ambilan 2017 pada Sabtu, 8 Julai 2017. Sesi pendaftaran telah dijalankan di Dewan Tunku Canselor UM pada jam 8.30 pagi hingga 12.00 tgh. Ibubapa dan pelajar yang telah selesai mendaftar akan terus bergerak ke Kolej Kediaman masing-masing.

Hari Haluan Siswa pula telah dijalankan pada 9 Julai 2017 bertempat di Dewan Tunku Canselor UM. Program Hari Haluan Siswa dimulakan dengan pelajar daripada setiap Kolej Kediaman (KK1, KK2, KK3, KK4, KK7, KK8, KK9 & KK12) mula berkumpul dan bergerak menuju ke DTC UM. Mereka diiringi oleh 31 Pembantu Mahasiswa yang merupakan bekas pelajar UMCCed.

Program dimulakan dengan Bacaan Doa, Ucapan Perasmian & Selamat Datang oleh Pengarah UMCCed sebelum bacaan ikrar AkuJanji oleh semua pelajar.

Program diteruskan dengan sesi taklimat oleh En. Shakir daripada PTPTN Cawangan Kuala Lumpur, En Hairil dari Unit Pengangkutan HEPA UM, Pn. Noor Akidah daripada BPP UMCCed dan En. Nasran daripada BPA UMCCed

Program berakhir pada pukul 1.00 dan pelajar dibawa menaiki bas pelajar UM untuk pulang ke kolej kediaman masing-masing