Search

PROGRAM : ANUGERAH PERKHIDMATAN STAF UMCCed 2016

TARIKH : 19 MEI 2017 (JUMAAT)

TEMPAT : BILIK SERGAGUNA, WISMA R&D, UM

MASA : 3:30 petang – 4.30 petang

MAKLUMAT PROGRAM

Majlis ini merupakan penghargaan yang diberikan kepada staf yang cemerlang pada Tahun 2016. Seramai 5 orang staf yang cemerlang pada Tahun 2016 iaitu Encik Mohd Iftitah Bin Tahril, Encik Wahyu Hidayat bin Misdi, Encik Mohd Syafik Bin Zulkifli, Puan Syahirah Binti Mohd Baki dan Cik Nur Adira Binti Mohd Ghaus. Selain itu, Sijil Khidmat Cemerlang dimenangi oleh Cik Norazima Binti Md. Malia, Puan Siti Noraishah Binti Kalis, Puan Balqis Binti Hj Bahari, Puan Zuraini Binti Zanal Abidin dan Encik Muhammad Asrul Fazri Bin Che Ismail. Penerima Anugerah Cemerlang mendapat satu jambangan bunga, seutas jam tangan dan wang tunai sebanyak RM1,500.00 manakala penerima Sijil Khidmat Cemerlang menerima sejambak bunga, seutas jam tangan dan wang tunai sejumlah RM300.00. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mansor bin Md Isa (Pengarah UMCCed).


Prof. Dato’ Dr. Mansor bin Md Isa juga telah menyampaikan Anugerah Khidmat Setia kepada lima (5) orang staf UMCCed yang taat setia iaitu Cik Haidah binti Sa’adi (15 tahun berkhidmat), Cik Asiah binti Hassan (15 tahun berkhidmat), Puan Maryam binti Ishak (15 tahun berkhidmat), Puan Nor’asikin binti Mardufi (5 tahun berkhidmat), Puan Siti Sarah binti Zakaria (5 tahun berkhidmat) dan Encik Vincent Nathan a/l G.Swaminathan (5 tahun berkhidmat).