Majlis menandatangani perjanjian kerjasama program di antara Malaysian Institute of Human Resource Management (Mihrm), DHS Hospitality Academy Sdn. Bhd dan Segi Value Holdings Sdn. Bhd. Program Certificate of Completion in Retail Operations dan Certificate of Completion in Hypermarket Operations adalah program baharu yang direka khusus untuk bidang peruncitan yang akan dijalankan di premis Segi Value Holdings. Pelajar yang mengikuti program ini akan mendapat tajaan sepenuhnya Segi Value Holdings Sdn. Bhd. serta diberi elaun bulanan. Pelajar yang Berjaya menamatkan pengajian akan dijamin pekerjaan bersama pasaraya Segi Fresh seluruh Malaysia.

Majlis telah diadakan pada 15 Disember 2016, bertempat di Malaysian Institute of Human Resource Management, Petaling Jaya Selangor dengan dihadiri oleh Mr. GehThuanHooi Vice President / COO, Malaysian Institute Of Human Resource Management, Mr. Chui Ah Hock, Managing Director,Segi Value Holdings Sdn. Bhd dan Dr. Kuppusamy Singaravelloo Timbalan Pengarah Akademik UMCCed