PROGRAM : WORKSHOP ON DOMESTIC SOLID WASTE MANAGEMENT

TARIKH : 22 & 23 NOVEMBER 2017 (RABU & KHAMIS)

TEMPAT : ARAS 5, BK 5-6, WISMA R&D UNIVERSITI MALAYA

MAKLUMAT PROGRAM

Bengkel ini telah berlangsung dengan kerjasama UMCCed, GPAM (Green Productivity Association Malaysia) dan ZESB (Zainab Enterprise Sdn Bhd) selama 1.5 hari. Antara lain, bengkel ini berkaitan dan melibatkan latihan praktikal dalam pengurusan sisa pepejal domestik untuk pelupusan terakhir.

Seramai 5 orang penceramah terlibat mengendalikan bengkel ini dan mereka merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam industri berkaitan. Manakala 29 peserta yang menyertai bengkel adalah terdiri daripada Perodua Sales Sdn Bhd (22), MBPJ (5), MBSA (1), Felda Vegetable Oil Products Sdn. Bhd. (1).