February 14-15th, 2015



 

Pada 14-15 Februari 2015 yang lalu telah berlangsung Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015 Kali ke-11. Karnival yang dilancarkan dengan tema Jom Masuk IPT ini telah dibawa khas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama 1Dream2U telah menjadikan SASICC & The Zenith Hotel Kuantan, Pahang sebagai lokasi pembuka tirai jelajah "Jom Masuk IPT".

Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) "Jom Masuk IPT" 2015 Kali ke-11 ini membuka peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai informasi seperti kemasukan ke IPTA, IPTS, Politeknik dan institusi-institusi kemahiran, maklumat pembiayaan, tajaan, pinjaman pendidikan, akreditasi dan sebagainya lagi.

Karnival Jom Masuk IPT ini juga bakal menjelajah ke seluruh Malaysia bermula 14 Februari 2015 dan berakhir pada 12 April 2015 dari jam 9.00 pagi-6.00 petang.

  • ZON 1 - SASICC & The Zenith Hotel Kuantan, Pahang (14-15 Feb 2015)
  • ZON 2 - IPPT USM Kepala Batas, Pulau Pinang (28 Feb - 1 Mac 2015)
  • ZON 3 - MITC, Melaka (7-8 Mac 2015)
  • ZON 4 - Padang Kawad, UIAM, Gombak, W.P Kuala Lumpur (7-8 Mac 2015)
  • ZON 5 - Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak (14-15 Mac 2015)
  • ZON 6 - Padang Kawad, UTHM, Batu Pahat, Johor (21-22 Mac 2015)
  • ZON 7 - CityOne Megamall, Kuching, Sarawak (28-29 Mac 2015)
  • ZON 8 - RTC Kelantan (28-29 Mac 2015) ZON 9 - Kota Kinabalu, Sabah (11-12 April 2015)