Search

November 7st, 2014



 

Pada 30 September 2014 hingga 1 Oktober 2014 bertempat di Interactive Learning Room, Aras 14, Wisma R&D telah berlangsung satu Kursus bertajuk "Profit Maximization Laboratory" yang telah dikelolakan dengan jayanya oleh Dr. Zulkufli Zakaria.

Majlis Penutupan bagi Program Diploma Sains Siasatan Sesi 2012/2013 telah diadakan bertempat di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur, Cheras Selangor pada 7 November 2014 (Jumaat) yang lepas.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDH CP Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pengurusan merangkap Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Polis DiRaja Malaysia. Program Diploma Sains Siasatan (DSS) telah berjaya melahirkan seramai (35) pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia, (3) pegawai kanan polis dari Negara Brunei Darussalam dan (1) pegawai kanan dari Angkatan Tentera Malaysia. Ini menjadikan keseluruhan graduan program DSS sejak ditawarkan pada tahun 2001 berjumlah 419 orang.

Para graduan juga bakal menerima diploma masing-masing pada majlis Konvokesyen UMCCed Kali ke-28 di Universiti Malaya pada 8 November 2014.

Diploma Sains Siasatan (DSS) ini merupakan satu program usahasama di antara pihak Universiti Malaya Kuala Lumpur yang dikelolakan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dengan pihak Polis DiRaja Malaysia melalui Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada para graduan yang telah berlangsung selama setahun ini.

Senarai Graduan Terbaik Diploma Sains Siasatan 2012/2013:

Graduan Terbaik: INSP G/17415 MOHD YUSOF BIN MAHIDIN Graduan

Kedua Terbaik: ASP G/15157 MD RAZMAN BIN REBIN

Graduan Ketiga Terbaik: ASP G/15446 ANUAR BIN HJ MD. AZALI @ MD. GHAZALI

Graduan Keempat Terbaik: ASP G/12643 NIK ROSNAH BT ABDULLAH

Graduan Kelima Terbaik: ASP G/15273 CHANDRASEGARAN A/L EGAMPRAM