Search

September 19th, 2014

 

Majlis Taklimat Program Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam (DPPA) telah diadakan pada 19 September 2014 (Jumaat) yang lepas bertempat di Dewan Kuliah 3, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Program DPPA yang diadakan ini adalah merupakan inisiatif pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran serta Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) yang telah menjalin kerjasama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran dengan aspirasi untuk melahirkan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang berpengetahuan tinggi, kompeten dan memiliki personaliti unggul.

Seramai 97 orang dari kumpulan pertama pelajar DPPA telah memulakan pengajian ini pada 6 Januari 2014 telah pun berjaya menamatkan pengajian mereka pada 23 Mei 2014 yang lalu. Selari dengan pelaksanaan program untuk kohort pertama ini juga, pihak Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran bersama-sama UMCCed telah memulakan usaha serta bekerja keras sepanjang tempoh tersebut bagi memastikan program ini memenuhi keperluan akreditasi seperti mana yang ditetapkan. Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa program DPPA ini telah pun berjaya memperoleh status akreditasi penuh pada Ogos 2014.

Barisan tetamu kehormat yang turut hadir dalam sesi taklimat tersebut termasuklah Profesor Dato' Dr. Mohd Amin Jalaludin; Naib Canselor Universiti Malaya, Dato' Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan; Timbalan Pengarah Kanan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Profesor Dr. Noor Azrina Ismail; Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Profesor Datin Dr. Norhanom Abdul Wahab; Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPS) dan Dr. Kuppusamy Singaravelloo; Pemangku Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya. ' at Fakulti ekonomi dan pentadbiran, UM