Disember 6th, 2014



 

Pada 6 Disember yang lepas bertempat di Bangunan Wisma R&D Universiti Malaya, satu Mesyuarat Alumni UMCCed 2014 kali pertama telah diadakan buat julung-julung kalinya.

Seramai 83 orang alumni telah hadir untuk mendaftar dan memberi sokongan kepada inisiatif UMCCed untuk menggabungkan semula para graduan yang lahir dari Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya ini.

Sekalung Tahniah dan Penghargaan diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Alumni UMCCed yang telah dilantik. Semoga penubuhan dan perlantikan barisan Ahli Jawatankuasa Alumni UMCCed ini dapat meluaskan lagi empayar UMCCed, Universiti Malaya.