October 31th, 2015



Tanggal 31 Oktober 2015 bertempat di Taman Alam Kuala Selangor telah berlangsung sebuah program CSR yang dianjurkan oleh pelajar Diploma Eksekutif Sains Siasatan Sesi 2015/2016.

Program yang berlangsung selama sehari itu telah mengetengahkan objektif utamanya iaitu bagi mengekang kepupusan hutan paya bakau dan membantu mengurangkan kemusnahan hutan di samping mengindahkan sekitar kawasan rekreasi.

Program yang membawa tema "Kembali Terjalin" ini telah memperlihatkan penyertaan seramai 100 orang peserta dengan semaian sebanyak 500 benih bakau di kawasan penanaman yang berkeluasan 95 hektar itu. Peserta yang terlibat dan hadir ke acara tersebut termasuklah pelajar Diploma Eksekutif Sains Siasatan Sesi 2015/2016, staf dan pelajar Diploma UMCCed, ketua dan staf unit-unit bantuan dari Taman Alam Kuala Selangor, Jabatan Kesihatan Kuala Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor.