Search

April 20th, 2015



 

Satu Taklimat bersempena Program Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam (DPPA) Ambilan Ketiga telah dianjurkan oleh Universiti Malaya pada 20 April 2015 (Isnin) bertempat di Dewan Kuliah 3 Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Program yang dianjurkan ini merupakan inisiatif yang dilakukan bagi memberi pengetahuan asas kepada kadet Pegawai Tadbir Diplomat (PTD) juga sebagai platform kepada bakal perintis negara.

Majlis telah di hadiri oleh barisan tetamu-tetamu kehormat iaitu Yang Berbahagia. Profesor Madya Dr. VGR Chandran Govindaraju; Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi) Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Yang Berusaha, Encik Rospiagos Taha; Timbalan Ketua Kluster, Sub Kluster Pembangunan Modal Insan, Kluster Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif, INTAN, Yang Dihormati, Dr.Kuppusamy Singaravelloo; Timbalan Pengarah (Akademik) Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed).

Di samping itu, pegawai-pegawai dari INTAN, ahli-ahli Pengurusan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM, para pegawai UM dan UMCCed serta para pensyarah DPPA turut sama hadir ke majlis tersebut untuk meraikan seramai 95 orang calon baharu kadet pelatih Pegawai Tadbir Diplomat (PTD).

UMCCed juga turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua kadet PTD untuk menjalani Program DPPA yang akan berlangsung selama tempoh 6 bulan ini. Semoga Sukses!