Search

 September 12th, 2014



 

Bertempat di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Uiversiti Malaya, satu Program Perjumpaan Bersama Pelajar Diploma Sepenuh Masa UMCCed telah diadakan pada Jumaat, 12 September 2014 yang lepas.

Program tersebut telah dihadiri oleh Pemangku Pengarah UMCCed, Dr. Kuppusamy Singaravelloo; Pn.Mahaletchmy A/P N.Nagalingam, Ketua Bahagian Peningkatan Kemahiran & Pendidikan UMCCed; YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Haji Idirs, Professor Dr. Bernardine Renaldo Wong , Timbalan Pengarah International University of Malaya #&45; Wales; Pengarah Institut Kong Zi (Malaysia); Mr Chen Zhong, Pengarah Institut Kong Zi (China); dan wakil guru dari China Cik Zhao Wan Zhen (Sharmiza).

Majlis turut mempersilakan Pn.Mahaletchmy A/P N.Nagalingam untuk menyampaikan taklimat Program Malaysia English University Test (MUET) dan menerangkan dengan terperinci keperluan menduduki MUET. Seterusnya, wakil guru dari China Cik Zhao Wan Zhen atau nama Malaysia pilihannya (Sharmiza) tampil memberi taklimat yang menarik tentang Program Bahasa Mandarin yang dianjurkan oleh pihak International University of Malaya #&45; Wales (IUMW).

Majlis diteruskan dengan nominasi wakil pelajar untuk menubuhkan Kelab Pelajar UMCCed. Seramai 11 orang pelajar telah dicalonkan untuk mengetuai Kelab Pelajar UMCCed. Calon-calon yang telah dinominasi dinilai melalui prestasi akademik dan keterampilan masing-masing. Pemilihan wakil pelajar dibuat secara undian dan keputusan akan diumumkan pada 15 September 2014.

Calon Wakil Pelajar:

1) NIK MAZNEEN BINTI NIK MUSTAPHA (UCM)

2) AMIROL ALIIF BIN NASARUDDIN (UCM)

3) PUTRA HUSALI BIN HUSIN (UCB)

4) TAN KIM HUI (UCB)

5) MOHAMAD RIDZUAN BIN AZLAN (UCH)

6) RAJA NOR ALEYYAH AGHNA BINTI RAJA IDRIS (UCH)

7) DEDEN MUHAMAD SAPEI (UCB)

8) DIVYAA A/P SELLAPPAN (UCB)

9) HANIS NABIL BIN JAYA SURYA (UCH)

10) ROSFARAHANIE BINTI ROSLI (UCH)

11) UMAR FIRDAUS BIN MUZMI (UCM)

' at Akademi Pengajian Islam, UM