Search

September 7th, 2015



 

Semalam (Sabtu, 5 September 2015) telah berlangsung taklimat program Eksekutif Diploma UMCCed bagi ambilan Oktober 2015. Dianggarkan kira-kira 100 orang telah menghadiri taklimat tersebut yang diadakan bertempat di Institut Pengajian Siswazah Universiti Malaya bermula dari jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang.

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan bagi program Eksekutif Diploma adalah pada 18 September ini (Jumaat). Sebarang pertanyaan mengenai program boleh dibuat melalui talian 03-2246 3600 atau layari laman Facebook UMCCed di https://www.facebook.com/umcced untuk keterangan lanjut.