Search

(Content in Bahasa Melayu)

Kursus Kemahiran Membaca Al-Quran
Kod Kursus : KMA

Pengenalan

Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan kuliah disampaikan oleh para pensyarah dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kursus persijilan ini terbuka kepada seluruh masyarakat awam yang berminat mempelajari serta mendalami al-Quran al-Karim.

Pada peringkat permulaannya kursus ini akan memberi penekanan kepada pengenalan dan asas membaca al-Quran. Bagi peserta yang langsung tidak boleh membaca al-Quran, peringkat ini amat sesuai kerana peserta akan diajar bermula dari mengenal huruf dan mengeja. Seterusnya penekanan terhadap kemahiran membaca termasuk kelancaran bacaan dan dapat mengenal pasti tempat hukum tajwid dalam bacaan. Pada peringkat akhir, penekanan diberikan kepada ilmu Tajwid yang akan mendedahkan peserta dengan lebih mendalam juga termasuk hafazan surah-surah lazim. Sepanjang program ini, peserta akan diajar dan dibimbing secara praktikal beserta latihan-latihannya.

Nota pengajaran disediakan dan diajar oleh para pensyarah yang pakar. Kursus ini akan memberi pengalaman yang menarik kepada peserta. Mereka akan dapat mengikuti dan memahami serta meningkatkan kelancaran bacaan al-Quran di samping mengetahui dan menguasai ilmu-ilmu Tajwid pada masa yang sama.


Objektif

Memperkenalkan huruf-huruf Al-Quran, makhraj dan sifat-sifatnya yang betul, hukum -hukum tajwid Al-Quran serta ilmu Tarannum Al-Quran kepada masyarakat awam.

Membimbing masyarakat membaca Al-Quran dengan fasih dan betul.


Struktur Kursus

Kursus ini ditawarkan dalam 3 Peringkat (Peringkat 1, Peringkat 2 dan Peringkat 3) yang berasingan. Peserta akan dibahagikan dan ditentukan kumpulan mengukut tahap pengetahuan dalam kursus melalui ujian penempatan. Kursus dijalankan secara separuh masa selama 6 bulan bagi satu peringkat iaitu 96 jam kuliah. Pengajian dikira mengikut sistem modular iaitu 32 jam bagi setiap modul. Tawaran dibuat untuk setiap peringkat. Peperiksaan akan diadakan setelah tamat satu-satu peringkat.

  •  Start 
  •  Prev 
  •  1  2  3 
  •  Next 
  •  End 

UNTUK MEMOHON

Prosedur Permohonan

 

Permohonan boleh dibuat sama ada secara ATAS TALIAN atau SECARA MANUAL menggunakan Borang Permohonan rasmi yang boleh dimuat turun.

Permohonan yang lengkap mesti mengandungi perkara berikut:

Klik disini untuk maklumat lanjut