Search

Peringkat I - Sijil Asas Kemahiran al-Quran

  • Modul 1
    Pengenalan kepada huruf-huruf al-Quran. Peserta didedahkan dengan perkara-perkara asas dalam pembelajaran al-Quran iaitu pengenalan kepada huruf-huruf al-Quran dan tanda baris beserta bunyi yang betul (makhraj).
  • Modul 2
    Peserta didedahkan dengan gabungan -gabungan huruf yang membentuk kalimah atau perkataan beserta dengan hukum-hukum asas seperti mad, idgham, izhar, dengung (ghunnah) dan lain-lain hukum asas.
  • Modul 3
    Kesinambungan Modul 1 dan Modul 2. Peserta akan didedahkan dengan kalimah - kalimah al-Quran yang menbentuk ayat-ayat untuk dipraktikkan.


Peringkat II - Sijil Kemahiran al-Quran

Peserta dibimbing mempraktikkan bacaan pada surah-surah pendek dan panjang untuk memantapkan penguasaan bacaan mereka.

  • Modul 1
    Surah-surah lazim: Surah an-Nas, sehingga al-Dhuha.
  • Modul 2
    Surah-surah pilihan : Surah Yasin, al-Mulk, dan al-Insan dan lain -lain.
  • Modul 3
    Surah al-Baqarah.


Peringkat III - Sijil Tajwid al-Quran

Peserta didedahkan dengan tajwid teori dan dilatih tubi dengan bacaan betul mengikut hukum-hukum tajwid secara mendalam.

  • Modul 1
    Pengenalan ilmu tajwid beserta dengan makhraj dan sifat huruf.
  • Modul 2
    Peserta didedahkan dengan hukum-hukum mad.
  • Modul 3
    Peserta akan didedahkan dengan hukum wakaf dan ibtida'.

UNTUK MEMOHON

Prosedur Permohonan

 

Permohonan boleh dibuat sama ada secara ATAS TALIAN atau SECARA MANUAL menggunakan Borang Permohonan rasmi yang boleh dimuat turun.

Permohonan yang lengkap mesti mengandungi perkara berikut:

Klik disini untuk maklumat lanjut