Kursus Kemahiran Membaca Al-Quran

Kursus Kemahiran Membaca Al-Quran

Course Code : KMA

Pengenalan

Kursus ini ditawarkan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dan kuliah disampaikan oleh para pensyarah dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kursus persijilan ini terbuka kepada seluruh masyarakat awam yang berminat mempelajari serta mendalami al-Quran al-Karim.

Pada peringkat permulaannya kursus ini akan memberi penekanan kepada pengenalan dan asas membaca al-Quran. Bagi peserta yang langsung tidak boleh membaca al-Quran, peringkat ini amat sesuai kerana peserta akan diajar bermula dari mengenal huruf dan mengeja. Seterusnya penekanan terhadap kemahiran membaca termasuk kelancaran bacaan dan dapat mengenal pasti tempat hukum tajwid dalam bacaan. Pada peringkat akhir, penekanan diberikan kepada ilmu Tajwid yang akan mendedahkan peserta dengan lebih mendalam juga termasuk hafazan surah-surah lazim. Sepanjang program ini, peserta akan diajar dan dibimbing secara praktikal beserta latihan-latihannya.

Nota pengajaran disediakan dan diajar oleh para pensyarah yang pakar. Kursus ini akan memberi pengalaman yang menarik kepada peserta. Mereka akan dapat mengikuti dan memahami serta meningkatkan kelancaran bacaan al-Quran di samping mengetahui dan menguasai ilmu-ilmu Tajwid pada masa yang sama.

Objektif
  • Memperkenalkan huruf-huruf Al-Quran, makhraj dan sifat-sifatnya yang betul, hukum -hukum tajwid Al-Quran serta ilmu Tarannum Al-Quran kepada masyarakat awam.
  • Membimbing masyarakat membaca Al-Quran dengan fasih dan betul.
Struktur Kursus
Jadual Program
Kaedah Penilaian
Syarat Kemasukan
Jadual Pengambilan
Yuran Pengajian

Borang Pertanyaan

Your Name: Your E-Mail
Phone: Subject:
Message:

contact info

Follow Us