Search

LAPORAN PROGRAM KELAB PELAJAR DIPLOMA UMCCED

PROGRAM : Program Ramah Mesra UMCCed & Bekas Pelajar Diploma UMCCed

TARIKH : 14 April 2017

HARI : Jumaat

MASA : 3.00 petang – 5.00 petang

TEMPAT : Aras 9, Wisma R&D Universiti Malaya

 

PENGENALAN

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Pelajar (BPP) sebagai salah satu aktiviti UMCCed. Peserta terdiri daripada bekas pelajar Diploma Sepenuh Masa UMCCed yang kini sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang di Universiti Malaya.

 

LATAR BELAKANG

Program ini merupakan salah satu aktiviti pelajar yang dicetuskan ideanya oleh Timbalan Pengarah (Akademik) UMCCed sebagai satu medium UMCCed mengucapkan tahniah kepada pelajar yang telah berjaya meletakkan penanda aras untuk program diploma UMCCed dengan berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang di Universiti Malaya.

 

OBJEKTIF PROGRAM

1) Meraikan bekas pelajar program Diploma UMCCed yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya.

2) Mendapatkan testimonial daripada bekas pelajar tentang pengalaman mereka melalui pengajian peringkat diploma di UMCCed sebelum berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya .

3) Mendapatkan cadangan dan pandangan daripada pelajar yang dapat membantu UMCCed meningkatkan lagi kualiti program diploma.

 

LAPORAN PROGRAM

Program ini telah dihadiri oleh 50 orang bekas pelajar program Diploma UMCCed daripada ambilan tahun 2013 dan 2014. Mereka telah berjaya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Univerisiti Malaya dalam pelbagai bidang seperti:

  1. Ijazah Sarjana Muda Ekonomi
  2. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
  3. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
  4. Ijazah Sarjana Muda Kaunseling
  5. Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Pengurusan Sukan)
  6. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Sosial
  7. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah
  8. Ijazah Sarjana Muda Sastera (Inggeris)
  9. Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Antarabangsa & Strategik)
  10. Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah)
  11. Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Asia Timur)
  12. Ijazah Sarjana Muda Sastera (Antropologi & Sosiologi)

Bahagian Pembangunan Perniagaan & Perhubungan Komunikasi (BCom) juga turut serta dala m mendapatkan testimoni daripada beberapa bekas pelajar untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada alat pemasaran.

Program ini turut disertai oleh 5 orang pensyarah program Diploma UMCCed. Bekas pelajar yang hadir tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan semua pensyarah mereka.

Program ramah mesra ini disusuli dengan jamuan minum petang, ucapan ringkas daripada Ketua Bahagian Perkhidmatan Pelajar, Pn. Noor Akidah Abdullah Tahrin yang mewakili Pengarah UMCCed. Program tamat pada pukul 5.00 petang.