Search

LAPORAN PROGRAM KELAB PELAJAR DIPLOMA UMCCED

PROGRAM : UMCCed Prom Night 2016  

TARIKH : 23 April 2016

HARI : Sabtu

MASA : 8.00 malam #&45; 11.30 malam

TEMPAT : Hotel Parkroyal Kuala Lumpur

PENGENALAN

Program majlis makan malam ini merupakan aktiviti tahunan anjuran wakil pelajar setiap program dan ambilan. Bagi majlis makan malam kali ini, Hotel Parkroyal yang terletak di Bukit Bintang Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi penganjuran.

 

LATAR BELAKANG

Program ini adalah sebagai simbolik bagi meraikan pelajar-pelajar diploma ambilan 2014 yang akan menamatkan pengajian pada bulan Jun 2016. Program ini adalah cetusan idea Bahagian Perkhidmatan Pelajar dan diuruskan oleh wakil-wakil pelajar dari setiap kelas yang telah berinisiatif membentuk satu jawatankuasa bagi menjalankan program ini.

Program telah dijalankan pada 23 April 2016 dengan kehadiran seramai 180 pelajar. Dengan tema 'Prom Night' semua pelajar perlu mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan tema majlis.

OBJEKTIF PROGRAM

Berikut merupakan antara objektif penganjuran program:

    1. Perancangan bagi menjalankan program ini akan memerlukan pelajar untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari terutama dalam bidang pengurusan dan pengurusan projek bagi memastikan program dapat dibangunkan dan dijalankan dengan jayanya.
    2. Memberi ruang kepada para pelajar diploma untuk berinteraksi sesama sendiri pada malam jamuan dan meluangkan masa bersama secara beramai-ramai buat kali terakhir sebelum membawa haluan dalam bidang masing-masing.
    3. Meraikan pelajar setelah berpenat lelah mengharungi pengajian diploma. Ianya juga menjadi platform bagi pelajar untuk berkumpul beramai ramai bagi merayakan tempoh pengajian di samping dapat berhibur bersama pelbagai aktiviti dan persembahan oleh wakil pelajar sendiri.

 

LAPORAN PROGRAM

Pelajar mula mendaftar kehadiran bermula jam 7.30 petang diikuti oleh Pensyarah dan Timb. Pengarah (Akademik) yang hadir pada jam 8.30 malam. Seramai 180 pelajar telah hadir bagi menjayakan majlis makan malam ini.

Program dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh Ketua Projek Majlis Makan Malam 2016 iaitu Cik Nik Nor Ashikin bt. Nik Amran diikuti oleh ucapan perasmian oleh Dr. Kuppusamy Singaravelloo, Timb. Pengarah (Akademik) UMCCed selaku wakil kepada Pengarah UMCCed. Perasmian majlis makan malam dilakukan dengan paluan gong sebanyak 3 kali.

Majlis diteruskan dengan beberapa persembahan daripada pelajar dan sesi cabutan bertuah. Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah kepada Pelajar Pilihan Pensyarah dan Pensyarah Pilihan Pelajar.

Program berakhir pada jam 11.30 malam.