Search

LAPORAN PROGRAM KELAB PELAJAR DIPLOMA UMCCED

PROGRAM : Bengkel Motivasi 'Tomorrow is Awesome' 

TARIKH : 19 April 2016

HARI : Selasa

MASA : 9.00 pagi – 5.00 petang

TEMPAT : Bilik Serbaguna, Aras 3, Wisma R&D University Malaya

 

PENGENALAN

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Pelajar yang telah mengambil inisiatif bagi membantu pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti dalam membangunkan tahap keyakinan dan semangat mereka dalam menempuhi baki pengajian.

 

LATAR BELAKANG

Program ini dibangunkan dengan rasionalnya bahawa para pelajar berupaya membantu diri ke arah yang lebih baik sekiranya diberi ruang dan peluang di samping sokongan rakan-rakan dan mereka yang signifikan dalam kehidupan seharian.

 

OBJEKTIF PROGRAM

1) Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang peranan dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul sebagai pelajar.

2) Mencungkil kelebihan dan mengenalpasti kelemahan diri sendiri untuk maju dalam pelajaran.

3) Memberi motivasi agar diri lebih berkeyakinan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

 

LAPORAN PROGRAM

Program ini telah dihadiri oleh 52 orang pelajar yang telah dikenalpasti daripada keputusan peperiksaan mereka yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke bawah. Senarai nama pelajar diperolehi daripada Seksyen Peperiksaan sebelum taklimat ringkas dibuat kepada semua pelajar 2 minggu sebelum program dijalankan.

Program telah dimulakan pada tepat jam 8.30 pagi dengan kehadiran 52 orang pelajar. Program telah dijalankan oleh En. Harun bin Abu Bakar daripada CJ-ECO Training & Consultancy dengan dibantu oleh 2 orang fasilitator yang turut sama menjayakan program ini.

Pelbagai aktiviti dijalankan dengan fokus kepada permainan berobjektif bagi memastikan pelajar sentiasa fokus. Program diakhiri dengan sesi bergambar pada jam 4.30 petang