Search

TARIKH : 27 Mac 2016 HARI : Ahad

MASA : 7.00 pagi – 5.30 petang

TEMPAT : Lawatan ke Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru, Selangor D.E

 

PENGENALAN

Program lawatan ini adalah sebahagian daripada aktiviti luar yang melibatkan pelajar Diploma Sepenuh Masa Ambilan 2014 UMCCed yang dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Pelajar UMCCed

 

LATAR BELAKANG

Program ini dijalankan bertujuan untuk memupuk kesedaran dan kepekaan terhadap alam sekitar. Ianya juga memberi peluang kepada para pelajar mempelajari tentang kehidupan flora dan fauna disamping menanam sikap tanggungjawab terhadap memulihara alam sekitar

 

OBJEKTIF PROGRAM

1) Memberi pendedahan kepada pelajar tentang aktiviti luar yang mampu merangsang daya pemikiran di samping meningkatkan daya tahan dan inisiatif setiap pelajar.

2) Dapat membantu pelajar meningkatkan keupayaan fizikal dan seterusnya memastikan pelajar sentiasa aktif.

3) Merapatkan hubungan pelajar-pelajar diploma UMCCed dan menyemai semangat berpasukan.

4) Memberi peluang kepada para pelajar untuk mengikuti aktiviti eksplorasi alam semulajadi yang dapat memberikan kesegaran dan menghilangkan tekanan setelah berhempas pulas menimba ilmu.

 

LAPORAN PROGRAM

Program bermula seawal jam 7.00 pagi. Pelajar yang terlibat mula berkumpul di UM Sentral sebelum kehadiran mereka direkodkan. Setiap pelajar dibekalkan dengan makanan ringan untuk sarapan dan bekal untuk aktiviti di Sungai Chiling.

Bas tiba pada jam 7.30 pagi dan mula bergerak mengambil pelajar di perhentian bas PASUM dan perhentian bas di Kolej Kediaman Pertama sebelum mula bergerak menuju ke lokasi. Program telah disertai oleh 27 orang pelajar diploma sepenuh masa ambilan 2014.

Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam dan tiba di lokasi pada jam 10.00 pagi. Pelajar didaftar masuk di pejabat renjer hutan sebelum mula berjalan ke Air Terjun Sungai Chiling. Aktiviti menyusuri laluan ke air terjun mengambil masa kira-kira satu jam dan peserta perlu meredah melintasi kira-kira 4 anak sungai untuk sampai ke destinasi tersebut. Pelajar sentiasa diawasi oleh 4 orang staf Bahagian Perkhidmatan Pelajar sepanjang program dijalankan. Pelajar menghabiskan masa kira-kira 3 jam menikmati keindahan air terjun Sungai Chiling sambil memberi makan kepada ikan kelah liar yang banyak terdapat disitu. Program berakhir pada jam 3.30 petang dan pelajar tiba di UM Sentral pada jam 5.30 petang.