• 899
  • 1001

Penaja PSH 2016

Klik di sini untuk melihat kertas penuh persidangan PSH2016

Laman Utama

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) akan menganjurkan Persidangan Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) 2016 (PSH2016) pada 27 – 28 September 2016 bertempat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

 

Sesuai dengan tema persidangan tahun ini iaitu “Ke arah Kelestarian Industri & Ekonomi”, objektif utama persidangan adalah untuk menentukan hala tuju PSH ke arah melahirkan guna tenaga yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam memenuhi keperluan industri semasa selain membincangkan strategi untuk pembangunan program PSH bagi membantu membangun dan melestarikan industri dan ekonomi.

 

Selain itu, persidangan ini juga bertujuan menjalin kerjasama dan hubungan erat di antara industri dan pembekal PSH untuk meningkatkan kualiti dan kerelevenan PSH serta memperluas akses masyarakat kepada PSH.

 

Sehubungan itu, para penggiat PSH/penyelidik/pihak-pihak berkepentingan adalah dijemput untuk menghantar kertas kerja untuk pembentangan di dalam persidangan ini.

 

Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas komitmen serta sokongan para peserta untuk menjayakan persidangan kali ini dan berharap agar PSH 2016 ini dapat memberi sumbangan bermakna dalam mentransformasi PSH di Malaysia.

 

.

Profesor Dato’ Dr. Mansor Md. Isa

Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan UM (UMCCed)

Merangkap Pengerusi Bersama Persidangan PSH2016

 

 

 

UMCCED-0590
DSC_7428
UMCCed Persidangan
PSH2016

 

unikwplk