Bufet Kursus / Course Buffet

Perbandingan Agama
Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada ilmu perbandingan agama melalui penghuraian konsep, falsafah, prinsip, objektif, kepentingan dan sejarah perkembangannya. Kursus ini juga membincangkan pendekatan mengaplikasikan prinsip Islam dalam ilmu perbandingan agama secara mahir dan praktikal dalam konteks kehidupan realiti dan keadaan semasa. Selain itu ia turut menganalisis pemikiran dan kecenderungan intelektual dalam hubungan antara agama yang mempunyai impak terhadap kefahaman, persepsi, kepercayaan dan praktik keislaman berdasarkan kemahiran kritis, analitis dan saintifik bertunjangkan ilmu perbandingan agama untuk menyelesaikan masalah dan isu semasa antara agama, seperti konsep dialog antara agama dan persoalan pluralisme agama.
Di akhir kursus ini, peserta dapat:
- Menghurai falsafah, prinsip dan objektif ilmu perbandingan agama dalam tradisi pengajian Islam.
- Mengaplikasikan prinsip Islam dalam ilmu perbandingan agama secara mahir dan praktikal.
- Menganalisis pemikiran dan kecenderungan intelektual dalam hubungan antara agama untuk menyelesaikan masalah dan isu semasa antara agama.