Perlindungan dan Hak Kanak-kanak

Perlindungan dan Hak Kanak-kanak

Pengenalan

Sejak kebelakangan ini, banyak kes berkaitan penderaan kanak-kanak telah dilaporkan. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan analisis dokumen terhadap laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dalam tempoh lima (5) tahun iaitu dari tahun 2013 hingga 2017. Kajian menunjukkan kes penderaan di Malaysia semakin meningkat pada setiap tahun, terutamanya pada tahun 2017 yang mencatatkan sebanyak 5537 kes. Kajian juga mendapati kategori pengabaian hak asasi, penderaan fizikal serta penderaan seksual direkodkan sebagai kes penderaan tertinggi. Manakala kanak-kanak perempuan yang mengalami penderaan seksual mencatatkan golongan tertinggi didera iaitu sebanyak 1279 kes pada tahun 2017.

Kursus ini akan menyediakan maklumat terkini mengenai bidang kritikal yang berkaitan dengan hak asasi kanak-kanak di Malaysia dengan tumpuan utama kepada cara bagaimana hak untuk dilindungi wajar dipraktikkan. Ini sejajar dengan lambakan statistik kes penderaan dan pengabaian yang dimaklumkan kepada Parlimen, termasuklah khusus penderaan mental tercetus akibat kesan Covid dan selepas kawalan pergerakan kanak-kanak. 

Kursus ini akan digunakan oleh peserta sebagai kursus atau rujukan asas yang akan mengandungi isi kandungan utama yang berkaitan dengan hak kanak-kanak di Malaysia, berteraskan hak terhadap perlindungan untuk kanak-kanak. Kursus ini akan menggunakan kaedah interaktif berdasarkan realiti kehidupan dan akan dibina menggunakan kepakaran tenaga pelatih yang mempunyai amalan di lapangan dari pelbagai sektor (undang-undang, hak asasi, dll) sbegai kepakaran para perunding.

Objektif Kursus
  1. Memahami punca dan akibat kegagalan perlindungan kanak-kanak. 
  2. Mempertimbangkan strategi, undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Malaysia dan di peringkat antarabangsa, piawaian serta sumber yang diperlukan untuk melindungi semua kanak-kanak. 
  3. Mengaitkan rangka kerja undang-undang dan pendekatan hak kanak-kanak dengan kerja penggubal dasar, peguam, pekerja kesihatan, pendidik, penguatkuasa undang-undang dan pekerja sosial, serta ahli keluarga amnya
  4. Memahami bagaimana mereka boleh memastikan perlindungan kanak-kanak secara amalan bersama kemasyarakatan, dan menggunakan strategi perlindungan kanak-kanak pada kerja mereka sendiri.
  1.  

Kandungan Kursus
Sasaran Peserta
Tenaga Pengajar
Tarikh Kursus
Tempat
Yuran

Maklumat Lanjut

contact info

Follow Us