Professional Certificate & Short Courses

Pengurusan Psikologi: Isu & Cabaran “Life Cycle”
Pengenalan
Kursus ini membolehkan peserta memahami dan menggunakan teori psikologi dalam pengurusan isu dan cabaran ‘Life Cycle’. Penekanan akan diberi kepada isu perkembangan sepanjang hayat bermula daripada lahir hingga kepada lewat dewasa. Kursus ini juga mengenal pasti strategi pengurusan psikologi pada pelbagai peringkat perkembangan manusia. Para peserta juga akan membincangkan intervensi yang bersesuaian dalam menangani isu dan cabaran perkembangan manusia.
Kursus ini diperlukan oleh setiap individu, khususnya dalam kalangan remaja, dewasa dan lewat dewasa. Kandungan kursus ini dapat membantu setiap individu dalam hal berkaitan keluarga, kerjaya dan masyarakat.
Kursus ini adalah unik kerana kandungan dan pendekatan kursus ini menggabungkan pendekatan moden dan spiritual (Transpersonal Psychology). Ini bersesuaian dengan situasi semasa di mana masyarakat perlukan penyelesaian secara holistik dalam menangani cabaran dan isu kehidupan. Iaitu, pendekatan yang mengambilkira semua komponen diri individu; fizikal, intelektual, emosi dan spiritual.
2. Mengenalpasti strategi pengurusan psikologi pada pelbagai peringkat perkembangan manusia.
3. Menggunakan intervensi yang bersesuaian dalam menangani isu dan cabaran perkembangan manusia.
Maklumat Lanjut
Email:
samsol.kamal@um.edu.my (En. Samsol)
iftitah@um.edu.my (En. Iftitaf)
n.shuhada@um.edu.my (Pn. Shuhada)
zeezul@um.edu.my (En. Zulkarnain)