UMCCed

HISTORY

OUR HISTORY

Pendidikan berterusan merupakan satu lontaran idea awal Allahyarham Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Ahmad merangkap Naib Canselor Universiti Malaya pada tahun 1998. Ini membawa kepada tercetusnya penubuhan UMCCed pada 1 April 1998 oleh Profesor Dr. Leonard Yong yang merupakan salah seorang ahli akademik Fakulti Pendidikan Universiti Malaya pada ketika itu.

UMCCed merupakan singkatan daripada Universiti Malaya Centre for Continuing Education atau dalam Bahasa Melayu, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya merupakan sebuah Pusat Tanggung Jawab (PTj) Akademik Universiti Malaya yang menyediakan peluang pendidikan berterusan kepada orang awam, sama ada tempatan mahupun antarabangsa. Penubuhan UMCCed telah dilancarkan sendiri oleh Allahyarham Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Ahmad di Aras 2 Bangunan Bakti Siswa UM. Di lokasi pelancaran itulah UMCCed memulakan operasi pertamanya dengan dibantu oleh 4 orang staf sahaja dan diurus tadbir oleh Profesor Dr. Leonard Yong merangkap pengarah sulung.

Sejak penubuhannya pada 1998, UMCCed telah beberapa kali berpindah lokasi pentadbirannya bagi memastikan kelancaran urus tadbir serta bersesuaian dengan pekembangan semasa. Bermula di Bangunan Bakti Siswa, kemudian ke Institut Pengajian Siswazah (IPS) dan seterusnya ke Blok A, Kompleks Kota di mana kesemua lokasi ini berada dalam kampus utama Universiti Malaya. Pada tahun 2012, UMCCed telah memilih bangunan Wisma R&D sebagai lokasi pentadbiran yang terletak berdekatan kampus utama Universiti Malaya serta di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Kini, pada awal Julai 2023 yang lalu, Cyberjaya yang merupakan bandar Koridor Raya Multimedia Malaysia menjadi pilihan berikutnya bagi lokasi strategik baharu untuk pengoperasian pentadbiran UMCCed.

Antara program akademik yang ditawarkan termasuklah Diploma bagi lepasan SPM dan Diploma Eksekutif serta program peningkatan kemahiran yang terdiri daripada Sijil Profesional dan Kursus Jangka Pendek dalam pelbagai bidang yang disesuaikan dengan keperluan individu dari segi pengetahuan, kemahiran, dan kecekapan profesional atau pembangunan diri. Bagi mendorong Pembelajaran Sepanjang Hayat dan menggalakkan penyertaan golongan dewasa yang bekerja, kebanyakan program ditawarkan secara separuh masa dan disesuaikan mengikut keperluan individu dan korporat. UMCCed juga menyediakan peluang latihan kepada peserta antarabangsa melalui Lawatan Sambil Belajar dan kursus pendek. 

4 Ogos 2011 merupakan Tarikh keramat bagi UMCCed apabila berjaya mendapatkan pengiktirafan sebagai Pusat Tanggungjawab Akademik (PTj) Universiti Malaya daripada Kementerian Pengajian. Pengiktirafan ini membuktikan kecemerlangannya sebagai sebuah pusat p

4 Ogos 2011 merupakan Tarikh keramat bagi UMCCed apabila berjaya mendapatkan pengiktirafan sebagai Pusat Tanggungjawab Akademik (PTj) Universiti Malaya daripada Kementerian Pengajian. Pengiktirafan ini membuktikan kecemerlangannya sebagai sebuah pusat pendidikan berterusan yang unggul di tanah air. Melalui pengiktirafan ini, UMCCed diberikan status autonomi penuh dalam pentadbiran, sumber manusia dan kewangan. UMCCed juga memainkan peranan sebagai PTj yang menguruskan kemasukan program Diploma dan Diploma Eksekutif.

DIRECTOR

LOGO