- 2024 UMCCed. All Rights Reserved.
- | Privacy Policy
- | Site Credits
- | Disclaimer
- | Security Policy
Â
Leading technologies including encryption software is used to safeguard any data given to us and strict security standards are maintained to prevent unauthorized access.
To safeguard your personal data, all electronic storage and transmission of personal data are secured and stored with appropriate security technologies.
University sites have security measures in place against the loss, misuse and alteration of information as defined in the University’s Rules And Regulations for the Use of ICT Facilities.
A login name and password are required to visit secure areas. Before personal information (such as examination results) is published on the site, visitors are required to enter their student or staff number as well. This is to ensure that the information is displayed only to the intended person. You should ensure that your password is kept securely and cannot be discovered by anyone else.
Read more on UM ICT Policy, Rules & Guidelines
Pendidikan berterusan merupakan satu lontaran idea awal Allahyarham Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Ahmad merangkap Naib Canselor Universiti Malaya pada tahun 1998. Ini membawa kepada tercetusnya penubuhan UMCCed pada 1 April 1998 oleh Profesor Dr. Leonard Yong yang merupakan salah seorang ahli akademik Fakulti Pendidikan Universiti Malaya pada ketika itu.
UMCCed merupakan singkatan daripada Universiti Malaya Centre for Continuing Education atau dalam Bahasa Melayu, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya merupakan sebuah Pusat Tanggung Jawab (PTj) Akademik Universiti Malaya yang menyediakan peluang pendidikan berterusan kepada orang awam, sama ada tempatan mahupun antarabangsa. Penubuhan UMCCed telah dilancarkan sendiri oleh Allahyarham Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Ahmad di Aras 2 Bangunan Bakti Siswa UM. Di lokasi pelancaran itulah UMCCed memulakan operasi pertamanya dengan dibantu oleh 4 orang staf sahaja dan diurus tadbir oleh Profesor Dr. Leonard Yong merangkap pengarah sulung.
Sejak penubuhannya pada 1998, UMCCed telah beberapa kali berpindah lokasi pentadbirannya bagi memastikan kelancaran urus tadbir serta bersesuaian dengan pekembangan semasa. Bermula di Bangunan Bakti Siswa, kemudian ke Institut Pengajian Siswazah (IPS) dan seterusnya ke Blok A, Kompleks Kota di mana kesemua lokasi ini berada dalam kampus utama Universiti Malaya. Pada tahun 2012, UMCCed telah memilih bangunan Wisma R&D sebagai lokasi pentadbiran yang terletak berdekatan kampus utama Universiti Malaya serta di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Kini, pada awal Julai 2023 yang lalu, Cyberjaya yang merupakan bandar Koridor Raya Multimedia Malaysia menjadi pilihan berikutnya bagi lokasi strategik baharu untuk pengoperasian pentadbiran UMCCed.
Antara program akademik yang ditawarkan termasuklah Diploma bagi lepasan SPM dan Diploma Eksekutif serta program peningkatan kemahiran yang terdiri daripada Sijil Profesional dan Kursus Jangka Pendek dalam pelbagai bidang yang disesuaikan dengan keperluan individu dari segi pengetahuan, kemahiran, dan kecekapan profesional atau pembangunan diri. Bagi mendorong Pembelajaran Sepanjang Hayat dan menggalakkan penyertaan golongan dewasa yang bekerja, kebanyakan program ditawarkan secara separuh masa dan disesuaikan mengikut keperluan individu dan korporat. UMCCed juga menyediakan peluang latihan kepada peserta antarabangsa melalui Lawatan Sambil Belajar dan kursus pendek.Â
4 Ogos 2011 merupakan Tarikh keramat bagi UMCCed apabila berjaya mendapatkan pengiktirafan sebagai Pusat Tanggungjawab Akademik (PTj) Universiti Malaya daripada Kementerian Pengajian. Pengiktirafan ini membuktikan kecemerlangannya sebagai sebuah pusat p
4 Ogos 2011 merupakan Tarikh keramat bagi UMCCed apabila berjaya mendapatkan pengiktirafan sebagai Pusat Tanggungjawab Akademik (PTj) Universiti Malaya daripada Kementerian Pengajian. Pengiktirafan ini membuktikan kecemerlangannya sebagai sebuah pusat pendidikan berterusan yang unggul di tanah air. Melalui pengiktirafan ini, UMCCed diberikan status autonomi penuh dalam pentadbiran, sumber manusia dan kewangan. UMCCed juga memainkan peranan sebagai PTj yang menguruskan kemasukan program Diploma dan Diploma Eksekutif.
Dr Azni Zarina Taha
Executive Director
( 2024 – Present )
Profesor Madya Dr. Shahrul
Mizan
Dean
( 2022 – 2024 )
Profesor Madya Dr.
Amirrudin Kamsin
Acting Director
( 2022 – 2024 )
Profesor Dato’ Dr. Mansor
Md Isa
( 2028 – 2009, 2014 – 2019 )
Dr. Kuppusamy
Singaravelloo
Executive Director
( 2013 )
Abu Bakar Hussin
Acting Director
( 2012 )
Profesor Dr. Bernardine
Renaldo Wong
( 2009 – 2011 )
Profesor Madya Dr. Abdul
Latif Salleh
( 2007 – 2009 )
Dr. Jamaluddin Mohd Yunos
( 2002 – 2007 )
Dr. Khathijah Abdul Hamid
Acting Director
( 2002 )
Profesor Dr. Leonard Yong
( 1998 – 2001 )
LATEST LOGO
2002 LOGO
2002 LOGO
2001 LOGO
2000 LOGO
1999 LOGO
1998 LOGO